Wednesday, August 3, 2011

terase kehilangan kawan...:(

assalamualaikum kawan2...eh,,ade kwn2 lgi ke..??

en3 kali ni agak sebak bagi diri aku sebab aku sedih ..bukan sedih sebab cinta,,tp sedih sebab kawan..kawan yg dlu pernah 1 skolah,1klas,,1taman,1tmpat mkn dan minum,,1tmpat utk mengadu msalah...smuenye bersama....gaduh bersama,,ketawe bersama,amek keputusan same2 dan smuenye bersama..
TIDAK lagi sekarang..!!masing2 dah blaja ke tmpat lain2..dan mempunyai kehidupan yg tersendiri..malah aku amat gembira bile kwn2 aku yg pernah aku syg,smbung blaja...bukan ape,,aku nk tgk kami smue berjaye dlm kehidupan dan mempunyai kehidupan yg bagus2....KAWAN...!!ape erti kawan sebenarnye...??


Kita hanya tahu berkawan tanpa mengambil tahu betapa bahayanya apabila kita tersalah memilih kawan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia kerana sahabat atau kawan boleh membentuk personaliti seseorang. Ada kawan yang sanggup berkongsi duka bersama kita dan ada yang sanggup bersusah payah dengan kita. Tetapi ada juga sahabat yang ada ketika senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja, dan sebab itu aku katakan sahabat boleh menentukan corak hidup seseorang itu. Jika Sahabat . Kawan . Teman . anda seperti ini hargailah mereka insha Allah merekalah yang terbaik untuk anda PERCAYALAH!!
1
Jika kita berbakti kepadanya, dia akan melindungi kita
2
Jika kita rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kita
3
Jika kita memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kita

4
Jika kita menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik
5
Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
6
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya
7
Jika kita meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
8
Jika kita berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu
9
Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu
10
Jika kita merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu
11
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan
12
Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
13
Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat
Mungkin juga kita mempunyai sahabat² seperti ini yang merosakkan kita dan hanya hendak bergembira dengan kita sahaja apabila kesusahan menjelma hilang entah kemana.

p/s : sumber dari google..!




No comments:

Post a Comment